
Berapa ramai di antara kita yang benar-benar konsisten dan istiqamah mengambil 2 gelas susu setiap hari untuk keperluan kalsium seharian? Hampir 90% daripada kita tidak dapat khasiat secukupnya daripada pemakanan apatah lagi apabila kita tidak mengamalkan diet yang seimbang. Apa yang boleh ibu lakukan ialah mengamalkan vitamin atau supplemen tambahan dalam diet harian anda.
Kenapa keperluan kalsium adalah sangat penting
dan crucial semasa mengandung dan menyusukan bayi? Semasa hamil, ibu memerlukan
kalsium yang lebih untuk menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan terutama
semasa tulang-tulangnya sedang terbentuk. Oleh itu ibu hamil disarankan
mengambil kalsium bagi mengelakkan ibu mengalami masalah kekurangan kalsium dan
kerapuhan tulang dan gigi.
Ibu menyusu juga memerlukan 1000mg kalsium
setiap hari bukan sahaja untuk mengekalkan kalsium simpanan hari tua tidak
diusik tetapi juga bagi mereka yang merasakan keletihan, kelesuan, penat-penat
badan dan kejang kaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan